Ads 468x60px

Pages

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Salam Lovers,

Selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga ibadah kita semua diterima dan hidup diberkati. Juga ampun dan maaf dipinta ikhlas dari kami. Pack Me Love akan berhenti seketika semasa bulan Ramadhan & diharap kita dapat berjumpa di bulan seterusnya ya!

xoxo

Monday, August 2, 2010

August XOXO

Salam,

Saya selalu juga menunggu bulan Ogos. Selain meraikan harijadi (kes tidak sabar terima hadiah), saya juga berkongsi bulan kelahiran dgn Bapak (7 Ogos) dan Kakak aka Mami Cantek (13 Ogos). Itu entry iklan :P

Minggu lepas saya menerima 3 tempahan untuk minggu pertama bulan Ogos tetapi satu terpaksa ditolak kerana masih sibuk menjaga kedai (maaf Tha, lain kali ok). Jadi, esok saya akan mula kembali ke dapur untuk menyiapkan makanan kanak - kanak riang di sekolah tadika di Keramat dan sambutan harijadi hujung minggu ini di Gombak.

Nantikan menu simple, lazat yang penuh kasih sayang

xoxo