Ads 468x60px

Pages

Monday, February 15, 2010

Pack Me Love

Pack Me Love bermula setelah hampir setiap hari kami menyediakan juadah pagi untuk dijadikan bekalan yang kadang kala dibawa ke waktu makan tengahari mahupun minum petang :P, penyediaan yang mudah, menggunakan bahan segar dan menyelerakan membuatkan kami ingin berkongsi rasa dengan kawan-kawan.

Belum sebulan kami beroperasi, permintaan untuk bekalan harian sangat memberangsangkan. Oleh kerana kami masih terikat dengan waktu pejabat, penyediaan menu adalah terhad dan kami lebih menumpukan kepada bekalan sarapan pagi, minum petang & juga menu ringan untuk majlis keramaian di hari minggu.

Menu Sarapan Pagi:

Bihun Goreng, Mee Goreng, Nasi Goreng, Nasi Lemak, Sandwich, Frank Roll, Cekodok Pisang & Cucur Ikan Bilis






Dengan harga yang berpatutan menu harian boleh didapati di stesen minyak Esso Taman Maluri dan Esso Ampang (berdekatan APSH) dan untuk yang bekerja disekitar KLCC penghantaran percuma pada hari Selasa dan Jumaat setiap minggu


Menu untuk Majlis & Minum Petang:

Bihun, Mee dan Kuew Tiau Goreng; Curry Mee, Fried Macaroni, Spagetti, Beef Stew, Mashie & Coleslaw, Chicken Wings, minuman Jelly beserta menu sampingan seperti Mini Sandwich dan Pasta





Pack Me Love akan mengadakan promosi sempena pembukaan dapur kami :P, sila email ke elysuhaili@yahoo.com sekiranya ingin membuat tempahan dan juga untuk mendapatkan jemputan ke Food Tasting Day kami nanti.

Thanks Love..

1 comments:

suez said...

menarik menarik. tapi opis saye kat cyberjaya. :-(

Post a Comment