Ads 468x60px

Pages

Friday, April 30, 2010

Entry Tertinggal : Peserta TERAKHIR: amyatie2.blogspot.com

Ya Allah sumpah minta maaf kat Thu. Sori tak perasan entry. Alih2 terdelete.. majuk kejap Cik Adik tuh (cik adik ? hehe). tak mngapa kite submit entry dia nih..

Peserta Terakhir Suggest Menu

Lihat banner di atas, haa itu la dia banner "Contest Suggest Menu" by Ely ......... al-kisahnyer ini adalah entry last minit aku kerana desakan hidup dan desakan kerja yg terlampau, bila contest hampir2 tamat baru la aku terhegeh2 nk buat entry........ Apa pun aku mmg hebat sbb berjaya join contest yg hebat oleh org yg hebat mcm ely dan sista2 nyaa.. hihi

Oleh kerana contest ini mengisahkan hal yg berkaitan dgn makanan, aku sedaya upaya mencuri waktu kerja dan dgn jayanyer menyertai contest ini yg sememangnyer aku akui hadiahnya mmg superb class sampai bole leleh atas bawah..hihi laksa shack, voucher, tupperware huhuhu

Menu yang ingin aku pertaruhkan adalah: -



BAHAN MEMBUAT PULUT:-
-------------------------------

1 kg beras pulut
2 biji kelapa (diperah santan pekat sebanyak 2 cawan)
Garam secukup rasa
4 cm kunyit hidup (ditumbuk dan diperah airnya)
2 helai daun pandan (disiat)
Air sejuk secukupnya
4 keping asam gelugur

CARA:-
-----------
-Rendam pulut semalaman dengan air sejuk dan juga air perahan kunyit hidup.
-Sesekali gaulkan, agar kunyit bercampur rata.
-Panaskan air di dalam periuk kukus hingga mendidih, masukkan daun pandan yang telah disiat-siat, lapik bekas pengukus pulut dengan daun pisang yang dilubang-lubangkan agar wap dapat menembusi pulut.
-Tuskan pulut dan letakkan ke dalam bekas pengukus, tetapi jangan dipadatkan.
 -kukus sehingga ia masak.
-Setelah masak, angkat pulut dan sebati kan dgn santan yg telah dicampur dgn garam ketika pulut masih panas, selepas sebati kukus semula pulut tersebut dlm masa 10minit dan sedia di letak kedalam acuan.

 
BAHAN MEMBUAT RENDANG HITAM:-
-------------------------------------------
1 ½ kg daging lembu (dipotong kiub 5 cm)
150 gm bawang kecil
120 gm bawang putih
150 gm halia (dikisar)
10 batang serai (dikisar halus)

 
Bahan-bahan kisar:-
-------------------------

2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk cili

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

½ sudu kecil lada hitam

10 biji buah pelaga

10 biji bunga cengkih

5 cm kulit kayu manis

1 sudu kecil serbuk kunyit

½ biji kelapa untuk dibuat kerisik

2 biji kelapa (ambil santannya)

3 sudu kecil santan

2 sudu kecil gula

2 helai daun kunyit



Cara-caranya:-

------------------

Perapkan daging bersama semua Bahan-bahan kisar selama lebih kurang dua jam. Selepas itu bolehlah dimasak lebih kurang 2 hingga 2 1/2 jam sehingga kuah menjadi kering. Pastikan daging itu empuk dan lembut. Sedia di hidangkan bersama pulut kuning hehehehhe

Lapar bila tgk pulut. Pulut nih mmg dalam fav list yummie.. good luck!

0 comments:

Post a Comment